< ! ✿ Blog Ku Catatan Ku ✿ ! Gadis Blogging ʕ•ᴥ•ʔ>

Entry About Shout Friends Follow D'Board


  • Assalamualaikum N Hyyy... Welcome to my blog.. !


Bunga Cinta


Empunya Cinta

Tidak Kenal Maka Tidak Cinta

Doa Penyeri Wajah

Pari - Pari Cinta

Cerita Cinta

Gadis Berblog
17:33 | 0 Cloud(s)
Tips Uji Kesetiaan Kekasih (*^▽^*)

Assalamualaikum Cinta ( ^_^ )



5 Tips Uji Kesetiaan Kekasih  Pernahkah terlintas difikiran anda atau ada tertanya-tanya samada kekasih anda setia ataupun tidak?.Jika pernah,anda patut baca artikel ini hingga habis.
Actually to find you the type of loyal lover or not you mudah.Kiranya actually afraid to ask directly, here are 5 tips that you can try to test the loyalty of love.


1.Uji Kesetiaan Kekasih Dengan Handphone


Anda boleh membeli nombor baru/simkad baru tanpa pengetahuan kekasih anda.Gunakan nombor Handphone baru tersebut untuk menggoda si dia dengan SMS.Berpura-pura tersalah nombor dan ajak dia untuk berkenalan.Jika si dia terus excited danmemperkenalkan dirinya dengan senang hati,itu tandanya kekasih anda kurang setia.


2.Uji Kesetiaan Kekasih Dengan Facebook


Jika kekasih anda lulus dari ujian menggunakan Handphone,anda boleh mengujinya dengan menggunakan Facebook. Buatlah satu akaun Facebook baru dengan foto-foto
yang menarik-gunalah foto-foto model/artis jelita dan seksi.Kemudian anda add Facebook kekasih anda.Jika si dia mengesahkan sebagai rakan,tibalah masanya anda bertindak.Cuba goda si dia melalui akaun Facebook palsu anda.Jika dia menyambut mudah godaan-godaan tersebut itu ertinya dia seorang yang sukar untuk setia.


3.Minta Bantuan Rakan Yang Tidak Dikenalinya

Tidak ada salahnya anda meminta bantuan rakan untuk berpura-pura menggoda si dia.Ketika anda dan si dia sedang berdua-duaan,mintalah rakan untuk menelefon kekasih anda dan menggodanya.Selepas itu,cuba tanya pada kekasih anda siapa yang menelefon.Jika dia menjawab dengan sesuatu yang kurang benar,itu tandanya anda perlu berwaspada.


4.Uji Kesetiaan Kekasih Dengan Godaan Nyata

Maksudnya adalah anda cuba ajak kekasih ke tempat yang biasanya jadi tumpuan atau tempat berkumpulnya gadis/jejaka yang menawan dan menarik.Jika anda lihat matanya sering menjeling-jeling atau bahkan senyum - senyum dengan orang lain,itu ertinya dia kurang setia.


5.Uji Kesetiaan Kekasih Dengan Kesabarannya

Cubalah untuk menguji kesabaran kekasih anda.Misalnya anda boleh minta dijemput olehnya dan anda secara sengaja lambat muncul sehingga si dia harus menunggu beberapa minit.Jika dia sabar dan tidak marah-marah ketika anda menjelaskan alasan anda lambat,bererti dia sangat menghargai anda.Tapi,jika dia masam mencuka atau marah-marah,hmmm…nampaknya ada orang lain lagi yang mahu dijemputnya.. 





Jadi,itulah 5 tips menguji kesetiaan kekasih yang boleh anda lakukan dengan mudah.Tapi ingat!! Jangan sampai artikel ini dibaca oleh kekasih anda.Usahakanlah untuk merahsiakan artikel ini,atau
kalau kekasih anda juga pembaca blog ini,cari cara agar si dia tidak melawat kesini hari ini.
Tak jadi masalah pun kalau traffik blog saya kurang sikit,yang penting anda boleh tahu apa sebenarnya
perasaan kekasih anda.

Good Luck!

image
17:32 | 0 Cloud(s)
Pesanan Dari Saya


Assalamalaikum Cinta,


Pengetahuan am kesihatan dan kebersihan untuk bacaan para gadis dan wanita.


Saya ada satu habit yang bila mana pergi tandas awam, MESTI tarik tisu dulu baru masuk cubicle. Taknak ambil risiko, dah masuk baru tahu takde tisu. Biasanya kalau tandas-tandas di international standard building takde hal. Mesti ada tisu. Tapi tandas ‘orang kita’, I observed, paip ada lengkap, tapi tisu tak pernah jadi keutamaan. Macam kita tak perlu berkering-keringan lepas tu? Biar saja basah? Biar sahaja ia jadi kawasan paling optimum untuk perkampungan bakteria?

Eww.

Ia seperti sudah dalam norma, sehinggakan, kalau masuk tandas (maafkan saya) ‘orang kita’, I almost ALWAYS expect it to not have a toilet roll. Jadi sentiasa, bawa tisu bersama anda. Dan para admin kepada bangunan-bangunan awam yang membaca ini, peruntukan bajet untuk tissue rolls bagi keselesaan pengguna tandas. Itu satu.

Saya lebih suka dan memilih untuk menggunakan Lactacyd Feminine wipes yang mengandungi lactic acid dan natural milk extract.


Kemudian, yang ini saya tak pasti level rarity-nya, tapi saya harap, semua wanita mampu keep the hairy situation under control. Common sense di sini adalah; benda botak lebih senang dibersih/dijaga.  Saya berikan cadangan, boleh cuba Brazilian wax (di mana-mana waxing parlour) atau chocolate wax (yang ini kurang sakit), setengah parlour ada servis ini. Kalau nak buat di rumah, cari waxing cream, yang bila sapu, tunggu beberapa ketika dan gugurlah dedaunan musim luruh. Itu kedua.

Kemudian, panty liner. Berapa kerat saja antara anda yang menggunakan pantyliner? Ia berfungsi sebagai ‘lining’ untuk panties anda yang boleh dipakaibuang. Anda sendiri-sendiri patut tahulah samada memerlukan atau tidak. Boleh ditukar selang 2-3jam. Setengah wanita tak perlu, sesetengah yang lain, patut look into it. Itu ketiga.

Well, I don’t know how you ladies are keeping it clean down there, but I hope your vjj’s cleanliness is not secondary. It’s a sensitive and important part that needs extra care. (Tatau kenapa kalau dalam bahasa Inggeris bicaranya jadi tak begitu menggelikan LOL).

Dan keempat, pencucian khas. Sebab utama menulis entri ini. Mencuci dengan sabun, memang dah bagus, cuma salah konsep pabila mencuci dengan sabun buku biasa. Yang bukan diformula sesuai untuk kulit dibawah sana. Parah.

Siapa yang biasa mengamalkan pencucian khas, mesti kenal sangat dengan jenama Lactacyd. Sekarang Lactacyd mengeluarkan produk baru yang lebih khusus, untuk kita-kita yang mempunyai keperluan berbeza.


Yang hijau: Kesegaran berpanjangan dengan ‘babydoll scent’. Ini untuk orang yang takde masalah khusus, hanya sekadar mencuci.

Yang biru: Nama pun white intimate, diformulakan untuk memutih dalam 4minggu kalau pakai dengan kerap.

Yang oren: Ada vitamin E dan collagen. Ia melembapkan dan menyegarkan. I assume ini untuk yang berumur lulzy. Siap ada collagen lulzy.

Yang pink: Melindungi dari bau busuk dan irritation. Ini untuk masalah bau dan kulit sensitif.

Yang ungu: Dengan extra milk extract, ini untuk menghalang kekeringan.

Mesej dari Keknis: Jaga bahagian istimewa anda dengan sebaiknya. Lindungi dari kekotoran mata kasar dan perbuatan serba kotor.

For more info: www.lactacyd.com.my.
LIKE their FB Page facebook.com/lactacydloveyourv for regular tips on beauty, lifestyle and product promotions and contests.

17:32 | 0 Cloud(s)
Random Act Of Kindness


Assalamualaikum Cinta,

Random Act of Kindness, atau Ehfaa translate terus kepada Kebaikan Rambang. Kebaikan rambang ini macam, kita buat sesuatu kebaikan kepada orang yang kita langsung tidak kenal, tanpa mengharapkan apa-apa balasan selain kegembiraan orang itu. Macam tiba-tiba je nak buat orang happy. Contoh yang selalu kita tengok ala-ala cliché; bagi bunga kat strangers. Macam eh? Ye ke ada camni dalam kehidupan sebenar? Ya, jom adakan.

Dulu tak pernah tahu pun ada label ‘random act of kindness’ ni semua. Masa kecik dulu, naïve, kalau nak buat baik terus buat jer pastu dah besar baru tahu oh itulah yang omputeh panggil ‘random act of kindness’. Ingat lagi dulu selalu datang awal kat sekolah (sebab naik bas annoying yang route dia panjang so dia terpaksa hantar kita dulu hergh), jadi bila takde apa nak buat, suka gila masuk kelas orang  lain pastu susun meja bagi straight. Mungkin it’s a part of my OCD takleh tengok meja senget LOL, susun-susun pastu berharap agar budak kelas tuh yang bertugas susun meja dan kawan sekelasnya yang lain happy tengok kelas diorang dah kemas.

Pastu sekolah menengah, teringat pergi tandas dengan kawan (Lupa Nama), pastu tandas busuk. Hairan sebab setiap cubicle tergantung ubat gegat besar warna pink yang keluarkan bau wangi tuh, bila belek-belek, rupanya makcik cleaner tak bukak pun plastic dia (aii jimat ke?), manalah ada bau! Jadi suruh kawan tunggu kejap, dan beria bukak plastic setiap ubat gegat dan gantung balik. Tandas terus wangi, harap semua masuk tandas lepas tuh happy :’)

Lately nih, dah dewasa, bila terlalu occupied, jarang terdetik nak buat kebaikan rambang. Paling last sekali, drive nak ke KL guna Federal Highway, instead of guna lane Smart Tag, saja lalu lane tunai, pastu bayarkan 10 kereta kat belakang. Tak banyak, cuma RM11 (RM1.10/kereta) tapi berharap semoga hari ini, aku dah tolong pakcik yang berkira-kira duit lunch dia, atau kakak kesempitan yang tengah jimat nak beli susu anak. Entah. Rambang.

Nampak macam kebaikan rambang ini kita buat untuk orang lain, tapi sebenarnya, kepuasan itu adalah untuk diri sendiri. Rasa sangat terkesan bila kitalah punca kegembiraan/kesenangan seseorang. Kalau pencinta haiwan pun boleh buat kebaikan rambang pada haiwan, dengan simpan makanan kucing/anjing dalam bonet kereta atau handbag, dan hulurkan pada yang liar tanpa kasih sayang. Sobs.

Memang usaha itu sangat-sangat kecil dan kita tertanya apakah signifikannya perbuatan tak seberapa itu, tapi percayalah, kesannya tidak terhad pada seorang itu saja. Bila dia happy, mungkin dia akan happykan orang lain. Elok-elok dia PMS dan bersedia nak menyusahkan hari orang lain, terus terbatal mood buruk beliau dan dia bernyanyi gembira! Vibe positiv dari kebaikan rambang bukan saja mengimpak penerimanya, orang di sekeliling juga akan terasa kesannya.  Macam satu gelombang kegembiraan yang sangat besar, dan wow, ia bermula dari anda bila anda belikan makcik cleaner dekat LRT tuh cupcake! Contoh. Rambang.

Dan sebab Ehfaa bersalah dah lama tak buat kebaikan rambang, siapa cadang kebaikan rambang yang kreatif tapi tak begitu menyusahkan (LOL tiba-tiba suruh bersihkan tingkap KLCC) , Ehfaa akan jalankan. Korang pun jomlah please. Jadikan negara ini penuh dengan orang gembira. Kita sebagai Malaysians memang terkenal sebagai warm and kind. Muncullah Malaysian Hospitality! #PositivelyMalaysia untuk Malaysia yang lebih gembira! Tweet atau tag insta Ehfaa di @fatinsoleha95 dengan hashtag #PositivelyMalaysia bagi setiap kebaikan rambang yang korang jalankan atau korang rasai dari orang lain. Kenapa kena ada hashtag (?), supaya orang tertanya dan kita boleh educate lebih ramai untuk buat benda sama. Ingat pasangkan geolocation for your updates dan semua yang kita bincangkan dengan hashtag #PositivelyMalaysia, termasuk cadangan, lokasi dan gambar kebaikan rambang yang anda post, akan keluar di website http://www.malaysia.my/positivelymalaysia.

Who’s with me?


Cadang kebaikan rambang untuk Ehfaa buat J

19:41 | 0 Cloud(s)
What Women Want

Assalamualaikum Cinta,

Wow besar tajuk, besar tanggungjawab. Seperti nak mewakilkan para wanita di muka bumi ini dan apa yang mereka mahukan dari pasangan mereka.

Tapi sebagai mukadimah, mula-mula kita haruslah menghentam kaum Adam yang amat suka tengok rupa luaran dan sungguh memilih. Kemudian baru kita boleh counter strike balik dengan berbincang hangat tentang fizikal lelaki yang didambakan. Kau piker kau je boleh ke hah?? Eh emo tak bertempat ke, kak? LOL.

Lelaki memang suka pandang muka perempuan berdahi licin. Dari dahi licin itu, baru pandangannya turun dan turun dan turun. Maksudnya apa? Maksudnya walau apapun, kebanyakan mereka suka tengok muka dahulu, kalau muka cantik, kelemahan lain terus boleh ditoleransi. Jadi jenuhlah perempuan nak menjaga kulit, menghapus jeragat, mentonyoh pencoci pelembap penyegar siang-malam pagi-petang Muharam-Safar.

TETAPI LELAKI PULA BOLEH GET AWAY DENGAN KULIT TAK SEMEGAH?! Sudah tentu tidak. Manusia semua sama je. Sukakan keindahan. Maka wanita juga tidak terlepas dari memandang kehalusan kulit lelaki. Tambahan pula, wanita lebih teliti dan tajam pandangannya. Bukan semestinya nak lelaki itu berkulit cerah dan berpipi merah, cuma bersihlah dari sebarang jerawat dan panau, sebab kulit hitam itu juga sebenarnya cecki kalau licin.

Kalau saya pun, ihiks, saya pun suka lelaki kulit licin, ihiks. Saya penat jaga kulit, maka sangat teringin tengok pasangan lelaki melalui rutin yang sama untuk kulit halus mulus. Jadi meh saya tonyoh facial di muka you, nescaya masa depan kita bersama adalah lebih cerah.


Tak semestinya kena pondan camni kalau nak jaga muka and buat facial.

Cuma nak nampak macho begini apabila kulit tampak halus lagi mulus.


Bincangkan.Siapa setuju lelaki juga wajib jaga kulit? Mana achi perempuan aje.
Dan para lelaki, adakah anda jealous melihat kulit lelaki lain yang gebu dan bersih? Kulit muka ya. Kulit muka.


01:39 | 0 Cloud(s)
T-shirt And Mug Printing Cantik


Assalamualaikum Cinta AnD Hello!

 Kerajaan T-shirt telah tampil sebagai penaja tshirt untuk team keluarga dan sahabat handai saya, juga tshirt kenangan buat adik-adik saya di Rumah Siraman Kasih! Ehfaa rindu adik-adik Ehfaa! (Walaupun setiap hari jumpa tp Ehfaa ttap rindukan adik-adik Ehfaa)


Jadi moleklah kiranya saya dapat berbicara dan memaklumkan kepada para pembaca yang dikasihi tentang produk dan servis KerajaanTshirt.com .

KerajaanTshirt.com adalah satu jenama untuk perkhidmatan servis printing tshirt dan cenderahati, baru saja diwujudkan pada September 2012. Walaupun jenama masih baru, team mereka sudah berpengalaman lebih dari 10 tahun (sejak dari bangku sekolah lagi! Ecewah masing-masing...) dalam industri tshirt dan cetakan.



Showroom.

HQ mereka terletak di Jalan Keluli Am7/ Am,Seksyen 7, Shah Alam dan kilangnya terletak di Jalan Pisang, Meru, Klang. Production semuanya IN HOUSE ! Hebak mu...


HQ mereka di Seksyen 7, Shah Alam

Kepakaran mereka adalah menghasilkan silkscreen printing, CMYK, heat press, heat transfer,embroidery dan tshirt custom made. Sebanyak 80 % tempahan daripada online, datangnya dari seluruh Malaysia.


Production Tshirt peminat Erra Fazira dari Karangkraf.


Printing t-shirt lebih dari lima warna,


Antara cetakan tshirt yang dapat permintaan tinggi woot woot!

KerajaanTshirt.com juga  menyediakan penghantaran menggunakan bas express (yup! Anda baca dengan betul) ke Semenanjung Malaysia dan Pos Laju ke Sabah dan Sarawak. Jadi bukan satu masalah besar untuk anda-anda yang berada di luar kawasan Lembah Klang untuk membuat tempahan dengan mereka kerana penghantaran disediakan.

Untuk pengetahuan anda, mereka juga kerap menerima tempahan dari Kelantan, Kedah, Perak dan Sabah. Ada yang tak pernah berjumpa face to face dengan customer pun, hanya melalui online !



Kebanyakan tempahan yang diterima adalah dari pihak Kementerian, parti politik, Syarikat- syarikat swasta, sekolah dan universiti, individu seperti artis, politician,ustaz, penulis buku dan banyak lagi.

Dengan memiliki lebih daripada 10 orang staf, mereka mampu menerima tempahan sekurang- kurangnya 3000 pcs sehari. Nice. Takdelah lambat siap!



Sebarang pertanyaan/ tempahan boleh like page mereka di www.Facebook.com/tshirtprintmurah, laman web rasmi www.KerajaanTshirt.com dan emel di KerajaanTshirt@gmail.com dan TshirtMalaya@gmail.com.

Kepada mereka yang berminat untuk menjadi agen, boleh rujuk link di sini www.kerajaantshirt.com/Agen


SEMOGA MURAH REZEKI, KERAJAANTSHIRT.COM ! TERIMA KASIH!


01:10 | 0 Cloud(s)
Petua Meningkatkan Daya Ingatan

Assalamualaikum Cinta,


Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dgn mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa. Antaranya ialah:



Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.




Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan
Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan makanan kesihatan yg diperlukan oleh tubuh badan kita dari produk yang telah diakui oleh Kementarian Kesihatan dan mendapat kelulusan JAKIM serta pakar pemakanan yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.

Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak.Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jgn mengambil ubat tanpa arahan doktor.

Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.

Amalkan Pengambilan Produk Kesihatan Smart Naco
Saya syorkan anda mengambil Susu Skim berkolostrum IgG Plus bersama Spirulina dan juga Bio-Young Plus!!! atau BellaVita



InsyaAllah, niat yang baik pasti akan mendapat hasil yang diberkati!      
18:34 | 0 Cloud(s)
Blogger : Irine Nadia Marcello A mother of two Princess

Assalamualaikum cinta


Alhamdulilah berkesempatan tahun ini untuk menyambut bulan Ramadhan,Aminn.. Lama menyepi and tinggalkan blog..


Memandangkan Ehfaa ada lah stalker terhebat kepada Irine Nadia maka haruslah mencari gambar.. Alhamdulillah walaupun hanya beberapa keping gambar tetapi cukup memuaskan hati ini dan peminat Irine Nadia yang lain..


Pada 12 June 2015 Irine Nadia telah menulis satu blog Majlis Akikah dan Majlis Kesyukuran dan 2nd Birthday..wahh Kak Irine ini walaupun sudah beranak dua,Alhamdulilah Kecantikan beliau sama seperti beliau remaja dahulu


Jom kita tengok pula 13 gambar majlis akikah dan majlis kesyukuran Baby Hasya serta birthday 2 tahun Medina