![]() |
![]() Entry About Shout Friends Follow D'Board |
Bunga Cinta
Empunya Cinta
Tidak Kenal Maka Tidak Cinta
Doa Penyeri Wajah
Pari - Pari Cinta
Cerita Cinta
Gadis Berblog
|
![]() ![]()
Assalamualaikum Cinta,
Ucapan sms selamat Hari Raya menarik dan chomel untuk di kongsi..Kalau tak sempat hantar kad raya hantar sms raya pun jadi lah kan....sekurang-kurangnya sms pengganti diri sebagai tanda ingatan kita kepada orang yang tersayang di hari yang mulia itu...Apa lagi sms la sekarang..:P
“Dalam bermesra mungkin terkasar bahasa,Dalam bergurau mungkin terlanjur senda, dalam berjanji mungkin ada yang belum dikota, dalam berbicara mungkin ada yang menyingung rasa. jika ada kemaafan.. itu jua lah yang dipinta.. Selamat Hari Raya..”
"Ramadhan bakal beransur pergi, Syawal menjelma di aidilfitri, Seikhlas hati menyusun jari, memohon dimaaf kekhilafan diri, 'Salam Aidilfitri, maaf zahir batin' .."
"Tangan dihulur maaf dipinta,Erat hubungan sesama kita,Semoga gembira di hari yang mulia ini,Salah dan silap harap dimaaf,Selamat hari raya aidilfitri , maaf zahir dan batin."
"cahaya ramadhan berlalu pergi, menyambut tibanya aidilfitri, Ampun maaf segala peri, Semoga ikatan kekal dihati. Selamat Hari Raya Maaf zahir batin. "
"Gemersik takbir mengundang hiba,Salam diutus tanda ingatan,Syawal dinanti menjelang tiba,Salam diutus pohon kemaafan.Maaf zahir dan batin."
"Satu Syawal menjelang tiba,Takbir bergema mengegarkan jiwa,Sekiranya ada salah dan dosa,Ampun dipinta dihari mulia.Selamat hari raya maaf zahir dan batin.."
"Kata Al-Ghazali : yang jauh itu WAKTU,yang dekat itu MATI,yang besar itu NAFSU,yang berat itu AMANAH,yang mudah itu BERBUAT DOSA,yang panjang itu AMAL,SOLEH yang indah itu SALING MEMAAFKAN”Salam aidilfitri maaf zahir dan batin”."
“Jambangan Indah lagi berseri, menjadi hiasan di Aidilfitri, Sms dikirim penganti diri, tanda ingatan tak layu dihati. Selamat hari raya Maaf zahir Batin..”
"Jika hati sejernih air, jangan biarkan ia keruh.., Jika hati seputih awan, jangan biar ia mendung.., jika hati seindah bulan, hiasi ia dengan Iman dan takwa, Jika hati tersentuh oleh salah dan silapku. Mohon diberi kemaafan. Salam Aidilfitri”
“Lisan kadang-kadang tak terjaga, Janji kadang-kadang terabaikan, hati kadangkala berprasangka, Sikap kadangkala menyakitkan. harapan ini menjadi indah jika selalu ada maaf diantara kita. Syawal akan menjelang. Mohon Maaf zahir dan Batin”
"Anak kucing curi ketupat, kena kejar terlompat-lompat, nak hantar kad raya dah tak sempat, hanya SMS laa yang paling cepat.. Selamat Hari Raya Aidilfitri.. maaf zahir batin”
p/s: kalau nak lebih klasik hantar jer kad selamat hari raya..tapi untuk sekarang dah tak sempat dah...dah nak raya...Alhamdulillah setakat ni dah dapat 2 kad raya, ehem dari tak dapat langsung kan...kuikui jom jangan lupa hantar E-KAD raya untuk orang yang tersayang juga..=)
![]() ![]() ![]() |
0 Comments:
Post a Comment