< ! ✿ Blog Ku Catatan Ku ✿ ! Gadis Blogging ʕ•ᴥ•ʔ>

Entry About Shout Friends Follow D'Board


  • Assalamualaikum N Hyyy... Welcome to my blog.. !


Bunga Cinta


Empunya Cinta

Tidak Kenal Maka Tidak Cinta

Doa Penyeri Wajah

Pari - Pari Cinta

Cerita Cinta

Gadis Berblog
03:39 | 0 Cloud(s)
Hari Raya Aidiladha


Assalamualaikum cinta.

Raya tahun ni tidak berkesempatan untuk melihat lembu yang menjadi mangsa untuk disembelih. Tup top makan yang dah masak menjadi daging. hehe tidak sempat untuk ambik gambar disaat terakhir lembu hidup di atas dunia ini. Lolzz Gara-gara asyik beraya di rumah jiran Ehfaa dan adik terlepas untuk melihat darah lembu yang keluar semasa disembelih. Oh tragisnya... warna darah merah pekat. T.T

Raya tahun tahun terlebih over sedikit kerana belum matang. Malu sekejap. hukss 3 hari bekerja sbgai model suka-suka,dapat lah sikit,so boleh la Ehfaa lebih melaram di aidiladha. Lolzz Tahun ini disambut dengan biasa-biasa je lagipun tahun ini raya sekejap sahaja di Kelantan maka kurangnya meriah disitu. Huksss


Aktiviti utama bila tibanya aidiladha terpaksa menjadi juru dapur dan chef jemputan di rumah atuk. Lolzzz tolong apa yang patut kerana pada petangnya akan diadakan jamuan makan untuk mereka yang menjadi ahli dalam acara penyembelihan lembu.Tapi sayang Ehfaa dan Keluarga tak dapat join petang tu sebab dah balik Johor *betul entah bahasa Ehfaa ni.Ngee* Jamuan makan hasil daripada lembu yang disembelih tadi dibuat kerana telah menjadi tradisi dalam keluarga kami setelah ibadah korban dilakukan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. :)

Hari yang berlalu, aidiladha disambut dengan sederhana. Terima kasih ya Allah kerana memberikan ku kesempatan untuk merasai aidiladha tahun ini. semoga masih diberi kesempatan untuk menyambut aidiladha ditahun akan datang bersama orang yang tersayang. Aminn

“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)








Terima kasih sudi baca.

0 Comments:


Post a Comment