< ! ✿ Blog Ku Catatan Ku ✿ ! Gadis Blogging ʕ•ᴥ•ʔ>

Entry About Shout Friends Follow D'Board


  • Assalamualaikum N Hyyy... Welcome to my blog.. !


Bunga Cinta


Empunya Cinta

Tidak Kenal Maka Tidak Cinta

Doa Penyeri Wajah

Pari - Pari Cinta

Cerita Cinta

Gadis Berblog
20:15 | 0 Cloud(s)
Tips Turunkan Berat Badan


Assalamualaikum Cinta,

image

Rasanya bukan lagi satu berita tergempar bahawasanya Ehfaa suka makan. Ehem. Diam korangz.
Dalam pada masa yang sama Ehfaa sentiasa monitor weight Ehfaa sebab semua perkara yang Ehfaa buat adalah bersebab. Cara Ehfaa makan, waktu Ehfaa makan, makanan yang Ehfaa ambil, exercise yang Ehfaa buat, bilangan kunyahan setiap suapan cewah suka lebih2.

Ada ketika Ehfaa rasa Ehfaa perlu turunkan berat badan,Ehfaa terpaksa ubah gaya hidup. Ada masanya, orang tegur badan dah naik sangat tak sesuai untuk diri sendiri, Ehfaa experiment cara lain pula untuk kurangkan. Jadi tips ini adalah dari experience, dari DIET DIARY Ehfaa. Nota: Diet bermaksud pemakanan ya. Bukan bermaksud jaga makan/makan kurang. Sebab itu doktor sarankan 'jagalah diet anda'. Maksudnya jagalah pemakanan anda. Salah bila ada gunakan 'saya sedang berdiet'. Huh?

Untuk Turun/Maintain Berat Badan.

1. Makan sedikit tapi banyak kali. Namun kalau kat restaurant yang mana makanannya portion besar, hmm memang terpaksa habiskan. Untuk hari yang macam itu,Ehfaa cuma makan 3kali sehari.

2. Pernah dengar 'Breakfast like king, lunch like prince, dinner like a pauper/beggar'? Kenapa kena breakfast paling meriah dan merudumkan kemeriahannya pabila melewati harimu? Sebab untuk brekafast yang besar, kita ada WHOLE DAY untuk hadam ia dan bakar lemak itu. Bila dinner pula, lepas makan kita terus rehat dan tidur. Jadi dinner Ehfaa memang simple selalunya atau kecil portionnya. Breakfast besar, lunch sederhana, dinner sedikit. Amalkan.

3. Sejak Ehfaa dah dewasa ini, Ehfaa agak-agak Ehfaa dah merasa semua air yang sedap-sedap fruit punch smoothies shake mocktail juice bagai. Jadi Ehfaa pun sudah mula berhenti minum air yang fancy dan manis. Kini semua makanan yang sedap-sedap itu akan mendapat pasangan yang terbaik, iaitu air mineral. Memang air mineral all the way. Cuma pagi saja minum yoghurt drink (rarely). Breakfast like king katakan.

5. Detox, masih dalam topik penyahtoksik (detox). Sebab Ehfaa suka gilos makan dessert/pencoci mulot, jadi banyak sugar dalam badan. Sugar tulah yang boleh menggemukkan! Maka, selain cuba membalas balik dengan air mineral, setiap malam sebelum tidur Ehfaa akan minum green tea! Green tea sangat sedap waktu masih panas/suam. Cubalah suka, perlahan-lahan mesti boleh.

6. Jangan malas berpeluh. Pagi-pagi Ehfaa akan bersenam sebelum mandi. Ada yang tanya bersenam camnerrrrrr tuewwwww? OMG korangz. Bersenam jelah macam mana pun. Berpeluh untuk 30 minit baru sejukkan badan dan shower. Rasa segar gila nak pergi kelas, selain menggunakan semua benda yang dah anda pelahap itu sebagai tenaga :') Tak sia-sia makan... bukan untuk tambahkan ukuran lilitan pinggang.

7. Makan dalam mangkuk dan gunakan sudu. Okay ini tips untuk tak terlebih makan masakan Ibu. Ibu masak super sedap okay, and for me, kalau makan guna tangan memang kerja nak menambah nasik ajer! Sedap betul ya jus-jus tangan. Memang bagus makan pakai tangan sebab peluh tangan boleh hadamkan makanan itu sekali, tapi, kalau dah portion tambah nasi 3 kali ganda... sila pahamkan konsep. So, bila nak kawal nafsu, memang Ehfaa makan nasi berlauk pakai mangkuk dan sudu! Tak tambah nasik! Terel :') (sudu kurang nikmat hahaha)

Sekian. Oops! Untuk tips naikkan berat badan entri lain ya! Dah panjang sangat ngomel perkongsian ini.

image

0 Comments:


Post a Comment