< ! ✿ Blog Ku Catatan Ku ✿ ! Gadis Blogging ʕ•ᴥ•ʔ>

Entry About Shout Friends Follow D'Board


  • Assalamualaikum N Hyyy... Welcome to my blog.. !


Bunga Cinta


Empunya Cinta

Tidak Kenal Maka Tidak Cinta

Doa Penyeri Wajah

Pari - Pari Cinta

Cerita Cinta

Gadis Berblog
19:39 | 0 Cloud(s)
Direction To Future

Assalamualaikum Cinta

       Alhamdulilah..with the atmosphere of the early morning sunlight, fresh air * segar???,boleh lah kat sini..boleh lah sikit ambil mood create this blog,okay sepanjang cuti sem ini Ehfaa selalu menghabiskan masa di rumah,where your boyfriend Ehfaa??..Kenapa tak luangkan masa dengan dia??..itu lah persoalan yang terus diajukan oleh rakan-rakan kepada Ehfaa..Back to our topic "DIRECTION TO FUTURE"..knpe bagi tajuk niii..Entah lah main bantai jew,asalkan bertajuk..haha ( Nanti korang tahu sendiri lah ye )

       Dalam menyepikan diri dirumah,Ehfaa baru terpikir perlu kew aku ambil MUET?????pnting kew??,knpe Politeknik aku nii tak sediakan MUET?..pe tu MEdSI,MITPE,MUnSyl,PTK dengan REP/SRFP???..Tanya orang sana sini,penat dorang menjawab soalan Ehfaa nii tetapi nasib baik lah salah sorang rakan Ehfaa iaitu Aqib tak jemu-jemu menjawab soalan Ehfaa sampai dia siap bagi link sruh carik sendiri ..haha, jadi ni link nya  http://www.mpm.edu.my/en/muet1

      Kalau tengok kat situ,agak malas jugak kan nak kne bukak satu soalan satu persatu soalannye kan,jadi Ehfaa rajinkan diri untuk buat satu paragraph kat blog nii * Betul kew pe yang aku taip nii *


Soalan Lazim


Malaysian University English Test (MUET)

Siapakah yang perlu mengambil Malaysian University English Test (MUET)?
Calon yang ingin memohon memasuki institusi pengajian tingggi di Malaysia bagi mengikuti program ijazah pertama.

Berapa kalikah MUET dijalankan dalam setahun?
Mulai 2012, MUET akan dijalankan sebanyak tiga kali setahun, iaitu pada bulan Mac, Julai, dan November.
Ada berapa kertas dalam MUET?
Ada empat kertas, iaitu kertas 1 (Listening), kertas 2 (Speaking), kertas 3 (Reading), dan kertas 4 (Writing)

Berapakah bayaran yuran MUET?
Mulai tahun 2012, kadar bayaran yuran MUET adalah sebanyak RM100.00

Bagaimanakah untuk membuat pendaftaran MUET?
Pendaftaran peperiksaan MUET dibuat secara dalam talian (online). Calon boleh melayari Portal MPM http://www.mpm.edu.my atau http://www.mesp.gov.my/Online untuk mengetahui cara membuat pendaftaran.

Setelah membuat pendaftaran, bagaimanakah saya boleh menyemak status pendaftaran saya?
Calon boleh menyemak status pendaftaran dengan dua cara:
i. melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my
ii. melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Calon boleh menaip MUET INFO <jarak><nombor kad pengenalan> dan hantar ke 15888. 
                                                                                                                                    
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan slip daftar MUET (MUET/D)?
Calon boleh mencetak slip daftar MUET (MUET/D) melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my

Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan menukar pusat ujian MUET?
Calon dikehendaki mengisi borang MUET/C2 yang boleh dicetak melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my dan mengemukakan permohonan kepada MPM melalui Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing, selewat-lewatnya dua sebulan sebelum peperiksaan bermula

Adakah bayaran dikenakan untuk menukar pusat ujian?
Ya. Caj sebanyak RM25.00 dikenakan bagi setiap calon. Bayaran mestilah dibuat menggunakan kiriman wang/wang pos atas nama "Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia".

Bolehkah saya membuat pertukaran tarikh ujian Speaking MUET?
Boleh, dengan syarat membuat surat permohonan rasmi kepada MPM seminggu sebelum tarikh ujian berkenaan bermula dengan memberi butiran seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, angka giliran, tarikh baru yang dipohon, alasan pertukaran (sertakan bukti), dan nombor telefon.

Bolehkah saya menangguhkan daripada menduduki MUET?
Tidak boleh

Jika saya ingin menarik diri daripada menduduki MUET, adakah yuran ujian saya akan dikembalikan. Jika ya, adakah saya akan mendapat jumlah yang penuh?       
Tidak, kecuali bagi kes yang berikut:
i. calon yang sakit berpanjangan dan dapat mengemukakan surat pengesahan tentang penyakitnya oleh Pegawai Perubatan Kerajaan
ii. calon yang meninggal dunia (salinan surat perakuan kematian hendaklah dikemukakan oleh ahli keluarga atau wakilnya)
              Bagi kes di atas, jumlah bayaran akan ditentukan oleh MPM

Bagaimanakah cara untuk memohon menarik diri daripada menduduki MUET?
Calon perlu mengisi borang permohonan penarikan diri yang boleh dicetak melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my.

Bagaimanakah cara untuk membuat pembetulan ejaan nama dan nombor kad pengenalan yang silap tercetak pada Slip Daftar MUET (MUET/D)?
Calon boleh mengemukakan surat kepada MPM dengan menyertakan salinan kad pengenalan. Pembetulan tidak akan dibuat pada Slip Daftar MUET, tetapi akan dibuat pada slip keputusan MUET.

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan salinan slip keputusan MUET?
Calon boleh membuat permohonan secara bertulis kepada MPM. Borang permohonan boleh dicetak melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my.

Adakah bayaran dikenakan terhadap permohonan salinan slip keputusan MUET?
Ya.
i. Caj sebanyak RM20.00 dikenakan bagi permohonan kali pertama, RM30.00 bagi permohonan kali kedua, dan RM50.00 bagi permohonan kali ketiga dan seterusnya.
ii. Bayaran mestilah dibuat menggunakan kiriman wang/wang pos atas nama "Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia".

Di manakah saya boleh memperoleh buku peraturan dan sukatan pelajaran MUET dan berapakah harganya?
Buku tersebut boleh dibeli daripada MPM pada harga RM15.00. Borang permohonan boleh dicetak melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my. Buku ini juga boleh dimuat turun/dicetak secara percuma melalui Portal MPM.

Berapakah tempoh sah laku keputusan MUET?
Tempoh sah laku keputusan MUET adalah seperti yang berikut:
(a) Bagi keputusan MUET yang dikeluarkan sebelum tahun 2009, tempoh sah lakunya adalah sehingga 18 Julai 2013.
(b) Bagi keputusan MUET yang dikeluarkan mulai tahun 2009, tempoh sah lakunya ialah lima tahun, iaitu mulai tarikh keputusan ujian dikeluarkan.

Bagaimanakah cara untuk menyemak keputusan MUET?
Calon boleh menyemak status keputusan MUET dengan dua cara:
i. melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my
ii. melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Calon boleh menaip MUET RESULT<jarak><nombor kad pengenalan> dan hantar ke 15888.

 Bolehkah saya membuat permohonan rayuan semak semula keputusan MUET?
Boleh. Borang permohonan rayuan semak semula keputusan MUET boleh dicetak melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my. Tarikh tutup rayuan semak semula ini ialah dua minggu selepas tarikh keputusan diumumkan.

Adakah bayaran dikenakan terhadap permohonan rayuan semak semula keputusan MUET?
Ya. Caj sebanyak RM70.00 dikenakan bagi tujuan ini. Bayaran mestilah dibuat menggunakan kiriman wang/wang pos atas nama "Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia".

Bolehkah borang permohonan salinan penyata keputusan MUET diproses jika saya tidak mengisi ruang angka giliran kerana terlupa?
Boleh. Maklumat asas seperti nama, nombor kad pengenalan (berserta salinan kad pengenalan), sesi dan tahun menduduki ujian MUET boleh digunakan untuk mengesan penyata keputusan MUET calon.

Berapa lamakah tempoh permohonan untuk mendapatkan salinan penyata keputusan MUET?
Penyata keputusan MUET yang dipohon melalui pos akan dikirimkan kepada pemohon dalam tempoh satu hari bekerja selepas permohonan diterima oleh MPM, dan yang dipohon di kaunter MPM akan disiapkan dalam tempoh 30 minit selepas permohonan diterima.

Mengapakah saya mendapat keputusan X dalam ujian MUET, sedangkan saya hanya tidak hadir untuk satu kertas sahaja?
Dalam ujian MUET, calon diwajibkan menduduki keempat-empat komponen ujian MUET. Jika gagal menduduki salah satu komponen atau kertas, maka calon akan mendapat keputusan X untuk keseluruhan keputusan ujian MUET.

Mengapakah pendaftaran ujian MUET tiada lagi untuk memperbaiki keputusan?
MPM melaksanakan ujian MUET 3 kali setahun. Tujuannya adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada pelajar untuk memilih masa yang sesuai dan bersedia sepenuhnya untuk menduduki ujian MUET. Pelaksanaan ujian MUET 3 kali setahun bererti sela antara satu sesi hanyalah 4 bulan. Masa yang singkat ini menyebabkan MPM dan JPN akan mengalami kesulitan dari segi pendaftaran calon, pencetakan kertas soalan, penentuan pusat ujian, pemilihan pengawas, pengurusan pentadbiran peperiksaan, mesyuarat penyelarasan, penandaan skrip jawapan, pemerosesan keputusan, mesyuarat standard, dan mengeluarkan keputusan. Sehubungan dengan itu, pelajar yang mengambil MUET sesi semasa senantiasa mempunyai peluang memperbaikinya pada MUET sesi berikutnya kerana ditawarkan 3 kali setahun.



Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI)


Apakah ujian MEdSi dan bagaimanakah bentuk atau format soalannya?
Ujian Inventori Pemilihan Pendidik Malaysia [Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI)] ialah suatu ujian pemilihan untuk kemasukan ke Program Pengajian Pendidikan Lepasan STPM/Setaraf di Institut Pengajian Tinggi Awam. Soalan dalam ujian ini adalah berbentuk psikometrik.  Jumlah soalan ialah sebanyak 300 soalan yang perlu dijawab dalam masa 1 jam.

Mengapa saya tidak terpilih untuk menduduki ujian MedSI?  Apakah kelayakan yang diperlukan?
MPM hanya membantu Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dalam urusan pengendalian ujian MEdSI.  Dalam konteks ini, MPM hanya memproses senarai nama calon yang telah dipilih untuk menduduki ujian ini. Pemilihan dibuat oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Sebarang pertanyaan tentang kelayakan dan proses pemilihan, sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia melalui e-mel upu@mohe.gov.my atau telefon 03-88835858/88835801


Malaysian Information Technology Professional Examination (MITPE)


Apakah peperiksaan MITPE?
MITPE adalah peperiksaan yang dikendalikan untuk mengukur tahap kompetensi profesional Teknologi Maklumat (IT) di Malaysia. Program pensijilannya adalah sama taraf dengan peperiksaan IT yang dikendalikan oleh JITEC-IPA dari Kementerian Perdagangan dan Industri (METI), Jepun.

Agensi manakah yang bertanggungjawab dalam mengendalikan MITPE?
Agensi yang bertanggungjawab mengendalikan MITPE ialah Multimedia Enhancement Technology Operation Sdn Bhd atau dikenali sebagai METEOR. METEOR diberi tanggungjawab mengimplementasikan peperiksaan Information Technology Engineers Examination (ITEE) di Malaysia sejak tahun 2002.

Sejak bila peperiksaan ini dikendalikan oleh MPM?
Peperiksaan MITPE berjaya dikendalikan oleh MPM bermula pada 8 Oktober 2005.

Mengapa perlu mengambil MITPE?
MITPE dapat menambahkan nilai pengetahuan serta kemahiran dalam IT kepada tenaga pekerja IT. Tenaga pekerja akan menjadi kompetitif dan lebih bersedia menghadapi pasaran global.

Apakah faedah mengambil ujian MITPE?
Mendorong pelajar dan pekerja mematuhi standard kemahiran IT dan amalan terbaik sedunia. Juga dapat menyediakan pelajar siswazah dan pekerja dengan pengetahuan asas, kompetensi, dan kemahiran dalam bidang IT yang bertaraf antarabangsa dan ini akan memberikan mereka lebih peluang untuk mendapat pekerjaan.

Adakah MITPE diiktirafkan oleh industri IT?
Ya. Jawatankuasa IT Skill Standard ditubuhkan untuk memastikan kurikulum IT dan tahap kompetensi professional IT bertaraf tinggi. Ahli jawatankuasa IT merangkumi MOHE, JPA, 17 buah IPTA, Open University Malaysia, SIRIM, PIKOM, MCMC, MDC, MAMPU, dan pihak swasta yang lain.
MITPE juga secara automatik diiktiraf oleh METI, Jepun. Dengan yang demikian, calon yang berjaya lulus dalam ujian MITPE akan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk bekerja di firma Jepun di Malaysia.

Adakah MITPE berfaedah kepada bidang pekerjaan?
Ya. Seseorang professional IT yang mempunyai sijil MITPE diiktiraf sebagai professional IT yang berkelayakan.

Siapakah yang patut menduduki ujian ini?
Para siswazah dan professional IT yang bekerja dan ingin menambahkan kemahiran serta kompetensi IT.

Siapakah yang akan memberi pengiktirafan kepada sijil MITPE?
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM).


Malaysian University Selection Inventory (MUnSyI)

Apakah ujian MUnSyI?
Ujian MUnSyI (Inventori Pemilihan Universiti Malaysia) ialah suatu ujian pemilihan untuk kemasukan ke program pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) bagi lepasan STPM/setaraf.

Bagaimanakah bentuk atau format soalan MUnSyI?
Soalan dalam ujian ini adalah berbentuk psikometrik.

Berapakah bilangan soalan dan masa menjawab MUnSyI?
Jumlah soalan adalah sebanyak 310 soalan yang perlu dijawab dalam masa 1 jam.

Apakah fungsi MPM dalam pengendalian ujian MUnSyI?
MPM hanya membantu Universiti Sains Malaysia (USM) dalam urusan penempatan calon mengikut pusat ujian, penyediaan kertas soalan, penghantaran kertas soalan ke pusat ujian, pengendalian ujian, dan pemprosesan keputusan.

Apakah kelayakan yang diperlukan untuk terpilih menduduki ujian MUnSyI?
Pemilihan calon dibuat oleh Unit Pengambilan dan Kemasukan Pelajar, Bahagian Pengurusan Akademik, USM. Maklumat lengkap tentang MUnSyI boleh diperoleh melalui Portal Rasmi USM www.admissions.usm.my atau hotline 1 300 888 876


Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)

Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan salinan slip keputusan PTK?
Calon boleh membuat permohonan kepada MPM dengan memberikan maklumat yang lengkap beserta bayaran seperti yang berikut:
i. Caj sebanyak RM20.00 dikenakan bagi permohonan kali pertama, RM30.00 bagi permohonan kali kedua, dan RM50.00 bagi permohonan kali ketiga dan seterusnya.
ii. Bayaran mestilah dibuat menggunakan kiriman wang/wang pos atas nama "Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia".

Adakah saya boleh memohon salinan slip keputusan PTK bagi mana-mana sesi yang saya duduki?
Boleh. Bagi setiap sesi, calon dikenakan caj sebanyak RM20.00 bagi permohonan kali pertama, RM30.00 bagi permohonan kali kedua, dan RM50.00 bagi permohonan kali ketiga dan seterusnya. Bayaran mestilah dibuat menggunakan kiriman wang/wang pos atas nama "Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia".

Adakah semua penjawat Kementerian Pelajaran Malaysia boleh mendapatkan salinan slip keputusan PTK daripada MPM?
Hanya calon yang menduduki peperiksaan PTK kendalian MPM sahaja yang boleh memohon. Berikut adalah gred jawatan calon yang terlibat.
              i. Gred DG44 yang menduduki peperiksaan PTK pada tahun 2009 dan 2010
ii. Gred DG41, DGA32, DGA29, DG27(KUP),DG17(KUP), dan kumpulan sokongan Gred 17 hingga 22.

Registered Financial Planner (RFP)

Apakah peperiksaan RFP?
Peperiksaan RFP ialah peperiksaan profesional yang diadakan bertujuan untuk melahirkan financial planner dalam kalangan warga kerja terutamanya dalam sektor insurans dan perbankan. Bermula tahun 2010, MPM telah mengendalikan empat jenis peperiksaan RFP, iaitu Shariah RFP, Shariah RFP Ad-Hoc, Shariah RFP Capstone Programme, dan RFP Capstone Programme.

Berapakah modul RFP yang ditawarkan?
Peperiksaan Shariah RFP dan Shariah RFP Ad-Hoc terdiri daripada 7 modul, di mana Modul 1 hingga Modul 6 terdiri daripada soalan aneka pilihan (MCQ), manakala Modul 7 terdiri daripada daripada dua komponen, iaitu soalan esei dan kertas projek. Bagi Modul 7, calon perlu lulus kedua-dua komponen bagi mendapatkan gred lulus sebagai gred keseluruhan.
Bagi peperiksaan Shariah RFP Capstone Programme, modul ini terdiri daripada dua komponen, iaitu soalan aneka pilihan (MCQ) dan kertas projek, di mana calon perlu lulus kedua-dua komponen bagi mendapatkan gred lulus sebagai gred keseluruhan.
Bagi peperiksaan RFP Capstone Programme, modul ini juga terdiri daripada dua komponen, iaitu soalan aneka pilihan (MCQ) dan kertas projek, di mana calon perlu lulus kedua-dua komponen bagi mendapatkan gred lulus sebagai gred keseluruhan.

Siapakah yang layak menduduki peperiksaan RFP?
Bagi peperiksaan Shariah RFP dan Shariah RFP Ad-Hoc, calon perlu memiliki sekurang-kurangnya tiga kredit dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
Bagi peperiksaan Shariah RFP Capstone dan RFP Capstone, calon perlu memiliki sekurang-kurangnya tiga tahun pengalaman bekerja dalam sektor kewangan/bidang berkaitan (sepenuh masa) dan:
  • mempunyai sijil sebagai RFP/Shariah RFP, CFP, CIFP (Part 1), atau
  • menjadi ahli kepada MIA, MICPA, CPS (Aust.), ACCA, Bar Council, ICSA, MAICSA, CIMA, atau
  • mempunyai Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, atau PhD dalam bidang yang berkaitan

Bagaimanakah cara mendaftar untuk menjadi calon peperiksaan RFP?
Calon perlu mendaftar dengan mengisi borang permohonan dengan Malaysian Financial Planning Council bagi semua jenis peperiksaan RFP.


Berapakah yuran peperiksaan yang dikenakan bagi peperiksaan RFP?
Yuran peperiksaan bagi peperiksaan Shariah RFP dan Shariah RFP Ad-Hoc ialah sebanyak RM125.00 per modul bagi Modul 1 hingga Modul 6, dan sebanyak RM500.00 bagi Modul 7. Bagi peperiksaan Shariah RFP Capstone Programme dan RFP Capstone Programme, yuran peperiksaan masing-masing ialah sebanyak RM500.00.

Bagaimanakah kaedah pembelajaran bagi calon mempersiapkan diri untuk menduduki peperiksaan?
Bagi peperiksaan Shariah RFP dan Shariah RFP Ad-Hoc, calon boleh memilih samada ingin mengikuti kursus secara kelas yang dianjurkan oleh MFPC atau secara belajar sendiri (self-study). Bagi peperiksaan Shariah RFP Capstone Programme dan RFP Capstone Programme, calon diwajibkan untuk mengikuti kursus secara kelas yang dianjurkan oleh MFPC

Apakah kelebihan mendapat kelayakan dan pengiktirafan RFP?
Sebagai seorang Shariah RFP, calon telah mendapat pengiktirafan daripada Bank Negara Malaysia, manakala sebagai seorang RFP, calon telah mendapat pengiktirafan daripada Bank Negara Malaysia dan Securities Commission untuk menjalankan kerja-kerja sebagai seorang Penasihat Kewangan secara sah. Sebagai seorang Ordinary Member di MFPC, mereka juga layak untuk menikmati keistimewaan seperti diskaun untuk seminar, langganan majalah Financial 1st secara percuma, dan banyak lagi.


Jadi sekarang Ehfaa dah tahu serba sedikit dan tahu pe Ehfaa nak buat lepas ni dalam hidup Ehfaa, (^_^)

Thanks For Reading Guys 

0 Comments:


Post a Comment